Sakit lutut kerap menyerang kaum wanita dan adakalanya menjejaskan rutin harian. Biarpun ia nampak seperti masalah kesihatan yang agak remeh dan berpunca akibat berdiri terlalu lama untuk menyiapkan kerja rumah namun sakit lutut juga boleh disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius.
Sakit lutut selain berpunca dari masalah sendi itu sendiri ia juga boleh disebabkan oleh penyakit radang sendi lutut dan pengapuran sendi lutut. Sakit lutut ini bukan sahaja boleh menyerang golongan yang berusia sebaliknya kini semakin ramai golongan muda juga mengadu sakit lutut.