Sakit lutut kerap menyerang kaum wanita dan adakalanya menjejaskan rutin harian. Biarpun ia nampak seperti masalah kesihatan yang agak remeh dan berpunca akibat berdiri terlalu lama untuk menyiapkan kerja rumah namun sakit lutut juga boleh disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius.
Sakit lutut selain berpunca dari masalah sendi itu sendiri ia juga boleh disebabkan oleh penyakit radang sendi lutut dan pengapuran sendi lutut. Sakit lutut ini bukan sahaja boleh menyerang golongan yang berusia sebaliknya kini semakin ramai golongan muda juga mengadu sakit lutut.
Jika sakit adalah disebabkan oleh keradangan,artritis atau kecederaan minor, terdapat beberapa cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Namun begitu, jika kesakitan adalah teruk atau disebabkan kecederaan serius, dapatkan nasihat pakar perubatan kerana beberapa jenis sakit lutut memerlukan rawatan hospital.
1. Halia
Sama ada sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot atau kecederaan, halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat antiradang di dalamnya.
Caranya ialah hancurkan satu kepingan kecil halia, masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Kajian tentang artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta
bengkak apabila digunakan secara kombinasi bersama dengan rawatan prekripsi.
2. Kunyit
Kunyit mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat antiradang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit. Kunyit juga boleh memperlahan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.
Caranya ialah campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air . Didihkan selama 10 minit. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.
3. Lemon
Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga punca kepada beberapa jenis artritis.
Caranya ialah potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas. Celupkan kain ke dalam minyak bijan. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang.
4. Minyak Biji Sawi
Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan , membaiki peredaran darah dan mengurangkan sakit.
Caranya ialah panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi. Kemudian, goring seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan. Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi. Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.
5. Garam Epsom
Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh memberi kelegaan sakit lutut.
Caranya ialah tambah setengan cawan garam Epsom kepada air mandian yang suam dan kacau sebati. Rendamkan lutut yang sakit dalam campuran air suam tadi selama 15 minit. Lakukan beberapa kali seminggu hingga sakit lega.
6. Minyak Kayu Putih
Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut. Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis.
Caranya ialah campurkan 5-7 titik minyak kayu putih dan 5-7 titik minyak pepermin
bersama-sama. Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun. Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari. Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.
7. Senaman
Senaman yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit , meningkatkan pergerakan, mengurangkan keletihan dan boleh membantu anda kelihatan lebih baik.
Dapatkan nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami artritis, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi menjadi kejang . Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk. Senaman yang bagus bagi mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang.
Pastikan anda melakukan pemanasan badan sebelum senaman dan menyejukkan badan selepas senaman . Elakkan senaman berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit lutut.
8. Mengekalkan Berat Badan Unggul
Ini merupakan ubat yang paling baik . Kekalkan berat yang sihat dan hilangkan berat jika perlu kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, menghilangkan 5 % daripada berat badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.
9. Berehat dan Bersantai
Aktiviti fizikal adalah penting, tetapi berehat dan bersantai juga penting untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan kesakitan. Capailah keseimbangan dalam hidup dengan mempelajari teknik melegakan stres seperti pernafasan dalam dan meditasi.
10. Terapi Panas atau Sejuk
Menggunakan pelapik panas untuk merehatkan lutut anda apabila berbaring boleh membantu untuk membuatkan sendi menjadi kendur. Pek panas membantu untuk menenangkan otot dan meningkatkan peredaran.
Terapi pek sejuk pula mengurangkan sakit dan bengkak. Caranya ialah membalut pek gel yang sejuk di sekeliling lutut.
11. Alat Bantu
Anda boleh melindungi lutut anda dengan menggunakan tongkat atau alat bantuan berjalan untuk memastikan anda tidak meletakkan lebih tekanan pada lutut. Satu alat bantu yang dipanggil selitan kasut juga direka khas untuk menyokong , menyebariskan dan membaiki fungsi kaki anda. Hasilnya, ia akan mengurangkan tekanan pada lutut.
Semoga Perkongsian Ini Memberi Manfaat Dan Membantu Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Lutut Terutamanya Golongan Mereka Yang Berumur.
Semoga Perkongsian Ini Memberi Manfaat Dan Membantu Mereka Yang Mengalami Masalah Sakit Lutut Terutamanya Golongan Mereka Yang Berumur.
#TerapiLututNurIman #BantuIbuAyahSolatSelesa
No comments:
Post a Comment